Skip to main content
search
0

MAG CEO INTERVIEW WITH MALAYSIA TOP MALAY NEWSPAPER’S – HARIAN METRO

in Harian Metro news

MAG PERKUKUH JENAMA PEMBEKAL KESELAMATAN DAN AUTOMASI NEGARA.

Harian Metro 2 Front Cover 01

Syarikat pembekal sistem keselamatan dan automasi, Magnet Security & Automation Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MAG bukanlah satu jenama yang asing di pasaran.

MAG menawarkan sistem keselamatan dan automasi untuk bangunan, rumah pengawal dan kediaman peribadi dengan mengoptimumkan reka bentuk bagi mencapai keseimbangan fungsi dan kemampuan praktikal yang baik sebagai penyelesaian masalah keselamatan pengguna.

Sistem keselamatan yang menyeluruh

site reference 3

Bermula daripada kejayaan AutoGate (pagar automatik), MAG memperluas perkhidmatan dan penawaran produknya sebagai solusi keselamatan dan automasi yang merangkumi pintu penghalang, pintu pejalan kaki, kawalan akses dan kamera litar tertutup (CCTV).

Berpengalaman selama 40 tahun dalam industri keselamatan, MAG menawarkan penyelesaian menyeluruh dengan membekalkan produk mengikut kehendak pasaran dan kualiti seiring pematuhan standard ISO9001:2015.

Memastikan pengguna sentiasa mendapat yang terbaik mengikut harga dibayar, MAG turut menyediakan perkhidmatan selepas jualan.

imgpsh fullsize anim edit

Apabila pengguna membeli sistem keselamatan menyeluruh dengan MAG, pengguna turut dilindungi dengan sokongan teknikal, dokumentasi, jaminan dan servis pembaikan sepenuhnya jika terdapat sebarang masalah.

MAG mempunyai lebih 1,500 rakan dagang profesional di seluruh negara yang berperanan mengendalikan, memasang dan menyelesaikan masalah pengguna dalam masa kurang 30 minit selepas aduan dibuat.

2020 12 29 12 22 51

MAG turut mendapat kepercayaan daripada negara jiran, Indonesia apabila dua kali dalam masa 10 tahun sebagai pembekal pintu akses tiket ke stesen Transit Bas Laju (BRT) TransJakarta.

Masalah keselamatan semasa pandemik

Tidak menafikan turut terkesan dengan masalah pandemik yang melanda, CEO (MAG) Jimmy Low berkata, syarikat tidak sepatutnya mengurangkan peruntukan kepada keselamatan kerana berlaku peningkatan kes pecah masuk syarikat apabila pekerja tidak bekerja di pejabat.

2020 12 29 12 23 13

“Ketika ini semua pihak harus lihat kembali adakah peruntukan untuk sistem keselamatan harus ditambah atau dikurangkan. Bangunan yang kosong menjadi tarikan kepada pencuri melakukan aktiviti mereka tidak kira waktu siang atau malam. Sistem keselamatan yang lemah memudahkan aktiviti mereka,” katanya.

Penghuni yang tinggal berseorangan juga tidak terlepas menjadi sasaran pencuri yang terdesak terutama jika kediaman tidak dilengkapi sebarang sistem keselamatan.

Solusi norma baharu

2020 12 29 12 23 30

Tampil dengan satu lagi rekaan menakjubkan, MAG FR 300 berfungsi sebagai sistem pengenalan wajah dinamik yang dibina dengan algoritma penjejakan biometrik untuk pengesanan wajah yang lebih pantas dan tepat.

Reka bentuknya yang moden, kompak dan nipis memudahkannya untuk dipasang di mana-mana premis terutama di pintu masuk pejalan kaki atau akses ke pejabat, sekolah, hospital, lapangan terbang, kondominium, kilang dan juga lif.

Lebih menarik menerusi rekaan MAG FR 300 pengguna boleh menikmati kemudahan keselamatan tanpa sentuh dan ia juga dapat mengecam wajah dari pelbagai arah walaupun berada dalam keadaan tidak statik hanya dengan mengesan titik biometrik.

Di bawah kepimpinan dua generasi sejak 1980, MAG berjaya menjadi perintis dalam industri keselamatan dan automasi terkemuka di Asia Tenggara yang berjaya mengeksport produknya ke lebih 10 negara serta mempunyai 100 rakan global.

Sebagai peneraju industri keselamatan dan automasi dengan proses yang cekap bersama  pasukan berdedikasi, MAG mahu menjadi penyelesaian masalah harian bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman sesawangFacebook, Instagram dan LinkedIn Magnet Security & Automation Sdn Bhd.